Dunia Star Wars amat besar dan luas. Ada banyak yang berlaku di sebalik filem-filem yang pernah ditayangkan. Kisah itu diceritakan dalam filem sampingan seperti Rogue One, siri TV The Mandalorian atau juga siri animasi seperti Bad Batch.

Siri terbaru adalah Obi-Wan Kenobi yang berlaku 10 tahun selepas Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith. Seperti judulnya, ia akan memfokuskan kepada watak Obi-Wan dan seperti yang didedahkan dalam treler – kita boleh lihat Obi-Wan sentiasa memantau Luke Skywalker dari jauh.

Dalam siri ini, Ewan McGregor akan kembali sebagai Obi-Wan dan Hayden Christensen turut akan kembali sebagai Anakin Skywalker atau yang dikenali oleh lebih ramai orang – Darth Vader. Aku berpeluang menemuramah Hayden dan berikut adalah apa yang kami berdua bersembang.


Soalan: Apakah pendapat mengenai filem-filem baru, filem sampingan dan siri TV Star Wars yang sedia ada sekarang? Dah maratonton semua atau belum?

Semua siri dan filem baru ini nampak menarik. Cuma tidak dapat untuk tonto kesemuanya dan hanya dapat tonton sebanyak mana yang boleh. Apa yang buatkan rasa menarik adalah tahu, yang diri sendirinya akhirnya kembali memasuki dunia Star Wars ini.

Soalan: Apakah perasaan kembali ke dunia Star Wars, dengan teknologi baru di set penggambaran dan majoriti kru adalah peminat?

Rasa sangat lain dan jauh berbeza dengan filem sebelumnya. Majoriti penggambaran adalah dalam set yang digelar Digital Volume. Ia memberikan satu pengalaman baharu dan unik. Teknologi yang digunakan juga satu langkah di hadapan dengan keseluruhan persekitaran dunia Star Wars berada di depan mata. Rasa baik sangat dan memberi satu ikatan di antara semua kru kerana mereka juga adalah peminat.

Soalan: Kostum Darth Vader yang dipakai dalam siri adakah yang lama atau baru dan apakah perasaan memakainya?

Majoriti elemen sut ini masih sama, iaitu sut ikonik Darth Vader. Tetapi ada sesuatu istimewa dan baru yang mungkin akan menarik perhatian para peminat. Terdapat sedikit butiran baru akan dipaparkan pada sut ini dalam Obi-Wan Kenobi.

Soalan: Anakin akan muncul dalam siri ini ataupun hanya Darth Vader sepenuhnya?

Tidak boleh didedahkan lagi sama ada penonton nanti akan dapat saksikan Anakin atau kedua-dua sekali dengan Darth Vader. Ia boleh dikatakan satu beberan, tetapi tidak sabar untuk semua saksikannya nanti.


Dalam sesi temuramah yang berlangsung selama empat minit ini, walaupun tidak banyak didedahkan – tetapi perkara mengenai sut Darth Vader dan Hayden sendiri kembali berlakon sebagai watak antagonis ini jelas sekali menarik perhatian ramai peminat. Cuma dengan siri Obi-Wan ini, adakah kita akan lihat keseimbangan watak atau lebih fokus kepada Obi-Wan Kenobi sahaja?

Saya sendiri rasa tidak sabar untuk saksikan siri TV ini, yang akan disiarkan pada 27 Mei akan datang.

Jika anda ingin tahu mengenai Ewan, Moses dan apakah inspirasi pengarah siri ini iaitu Deborah – and boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Baca: Ewan McGregor Memandang Alec Guinness Untuk Inspirasi Watak Obi-Wan Dalam Siri TV Obi-Wan Kenobi

Sohor Kini