Netflix ketika acara Netflix Geeked mereka akhirnya mengesahkan ura-ura sebelum ini yang mengatakan mereka sedang membangunkan siri animasi berdasarkan siri permainan popular iaitu Dragon Age.

Dengan kerjasama bersama dengan Bioware, Netflix telah memperlihatkan Dragon Age: Absolution secara rasmi dan ia akan tiba pada bulan Disember tahun ini dan akan mempunyai 6 episod.

Anda boleh tonton video acah di bawah.

Buat masa ini, tidak disahkan lagi mengenai penceritaan dan juga watak yang akan disertakan akan tetapi berdasarkan laporan sebelum ini, ia akan membawa watak baharu dan tidak pernah hadir di dalam permainan.

Selain itu, Bioware pada awal minggu ini telah mengumumkan yang judul untuk permainan siri tersebut yang seterusnya akan menggunakan judul Dragon Age: Dreadwolf.

Sohor Kini