Setiap minggu ada sahaja laporan yang mengatakan Netflix akan mengambil satu siri permainan video untuk dijadikan siri TV dan filem, tidak kira aksi nyata ataupun animasi. Baru sahaja semalam kami melaporkan yang mereka akan hadir dengan siri TV aksi nyata Pokemon.

Hari ini berdasarkan laporan oleh Giant Freakin Robot, Netflix sedang aktif membangunkan siri Dragon Age dan ia dikatakan akan menyertakan satu rekaan dunia yang luas. Ia juga dilaporkan akan membawa watak baharu, dengan permainan Dragon Age ia mempunyai watak yang dihasilkan sendiri oleh pemain, ini tidak mengejutkan.

Walaupun begitu, Dragon Age merupakan siri yang mempunyai penceritaan yang mendalam, dengan pelbagai watak yang penting, oleh itu berkemungkinan besar siri ini akan masih lagi menyertakan watak-watak daripada permainan video.

Dragon Age merupakan antara siri popular yang dihasilkan oleh Bioware, permainan terakhir iaitu Dragon Age: Inquisition yang dikeluarkan pada tahun 2014 merupakan permainan terbaik bagi tahun tersebut. Permainan terbaru, masih lagi sedang dibangunkan dan dijangka tiba pada tahun 2022.

Sohor Kini