Stranger Things 4 adalah musim keempat Stranger Things yang kembali menceritakan kisah Dustin, Eleven, Max, Will, Mike dan rakan-rakan mengenai dunia Upside Down yang mempunyai makhluk membunuh dan mengancam nyawa mereka serta bandar Hawkins.
Musim empat ini lebih panjang dengan kualiti yang lebih baik berbanding musim sebelum. Eleven kembali mencari kuasa, ada lebih banyak pasukan baru melakukan misi tersendiri dan banyak lagi. Musim ini juga lebih seram dan ngeri serta dibahagikan kepada dua bahagian. Treler bahagian kedua boleh ditonton di bawah;
Kita melihat kembali Eleven ketika kanak-kanak, namun tidak pasti ia berlaku di garis masa yang mana. Hopper terjumpa makhluk lain yang mungkin mengancam nyawa, serta semua geng masih tidak aman dengan Vecna yang masih memburu.
Bahagian kedua akan disiarkan pada 1 Julai, dengan dua episod iaitu episod 8 dan episod 9. Episod 9 juga dijangka adalah yang paling panjang dengan durasi lebih 2 jam.
Musim keempat juga menerima sambutan terbaik dengan menjadi siri TV bahasa Inggeris paling kerap ditonton dengan jumlah jam tontonan mencapai lebih 335 juta jam.
Baca: Ulasan Stranger Things 4 Bahagian 1 – Makin Seram, Ngeri Dan Panjang