THQ Nordic iaitu studio pembangunan dan juga penerbitan permainan video telah mengumumkan yang mereka akan membuka cawangan di Singapura dan ia akan menjadi pusat operasi untuk perhubungan awam, perhubungan dengan pencipta kandungan dan pemasaran di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Filipina, Singapura, Hong Kong dan Vietnam.

Ia akan menjadi cawangan kedua di Asia selepas penubuhan THQ Nordic Japan pada tahun 2019. THQ Nordic Singapura akan diselia oleh Winson Lo sebagai Pengarah Pengurusan dan Graeme Ching sebagai Pengurus Media Sosial Asia Tenggara.

Di bawah THQ Nordic terdapat beberapa studio permainan video antaranya adalah Black Forest Games, HandyGames, Piranha Bytes dan Rainbow Studios. Hadir dengan permainan-permainan seperti The Guilds 3, Kingdoms of Amalur, Darsiders II dan Destroy All Humans!. Mereka adalah sebahagian daripada Embracer Groups yang juga mempunyai studio lain seperti Koch Media dan Gearbox Software.

Sohor Kini