Bernama telah melaporkan yang Cyberview dan studio animasi tempatan Les’ Copague telah menandatangani memorandum persefahaman untuk mengkaji pembangunan taman tema Upin & Ipin di Cyberjaya.

Taman tema tersebut dikatakan bakal siap untuk pengunjung sekitar tahun 2024 atau 2025 dengan sasaran 2 juta pengunjung setiap tahun.

Selain Upin & Ipin, ia juga kana menyertakan pelbagai IP lain di bawah Les’ Copaque seperti Puteri dan Pada Zaman Dahulu. Taman tema ini akan menyertakan pelbagai tarikan yang immersive termasuk juga membolehkan pengunjung untuk melawat ‘Rumah Opah’.

Ia juga akan mempunyai Gua Misteri, Rumah Hijau dari Pada Zaman Dahulu, pawagam interaktif 4D dan taman luar.

Sumber Gambar: Facebook Les’ Copaque

Sohor Kini