Fast X adalah judul bagi sekuel seterusnya francais The Fast & Furious atau kini digelar The Fast Saga. Ia akan sambung kisah daripada Fast 9 dengan menyertakan pelakon Jason Momoa serta Brie Larson sebagai ahli ‘keluarga’ baharu.

Seperti sebelum ini, Justin Lin adalah pengarah yang dilantik untuk menjayakan filem ini. Namun hanya selepas seminggu penggambaran bermula, beliau telah menarik diri sebagai pengarah atas sebab berbeza pendapat untuk jalan cerita filem.

Walau bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai penerbit filem. Dikhabarkan David Leitch (pengarah Hobss & Shaw) dan F. Gary (pengarah The Fate of the Furious) adalah antara calon pengarah baharu.

Apa kata anda atas pertelingkahan yang berlaku ini? Adakah Justin Lin tidak dikira sebagai ‘keluarga’ The Fast Saga?

Sumber: Deadline

Sohor Kini