HBO Asia telah mengumumkan yang filem terbaru untuk siri Fantastic Beasts iaitu Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore akan disiarkan di HBO Go pada 30 Mei 2022, filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 14 April lepas.

Bagi anda yang masih lagi tidak menonton filem ini, ia adalah satu filem yang mempunyai penceritaan yang padat akan tetapi ia juga menjadi masalah kerana menjadikan ia sedikit bercelaru. Anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini; Ulasan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore – Penceritaan Menarik Tetapi Bercelaru.

HBO Go ditawarkan dengan harga RM34.90/sebulan ataupun RM69.90 untuk 3 bulan. Ia juga ditawarkan bersama dengan pakej langganan Astro.

Sumber: Kakuchopurei

Sohor Kini