Electronic Arts kini dilaporkan sedang mempertimbagkan untuk menjual syarikat, atau bergabung dengan syarikat yang lain.
Ia dikatakan EA telah sedia berbincang berkenaan hal ini bersama pihak NBC Universal untuk bergabung syarikat – selain turut berbincang untuk menjual kepada Disney, Apple dan Amazon.
Laporan dari Puck turut mengatakan EA semakin aktif dalam mencari pembeli lanjutan daripada pembelian Activison oleh Microsoft pada awal tahun ini.
Disamping itu, EA juga agak aktif dalam mengambil-alih dan memperluaskan IP-IP dibawah mereka.
Bercakap mengenai spekulasi ini, EA mengatakan mereka tidak memberikan komen kepada desas-desus dan spekulasi.