Dengan pengenalan Disney+, kini nampaknya seperti Marvel ingin menarik pelbagai siri mereka ke platform penstriman mereka. Sebagai langkah awal, pelbagai siri Marvel sedia ada yang diterbitkan secara eksklusif pada Netflix, akan meninggalkan platform penstriman berkenaan.
Melalui Netflix, kini mereka telah mula memaparkan yang tarikh akhir tontonan untuk sejumlah siri Marvel, termasuk untuk Defenders, Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage, Punisher dan juga Iron Fist. Pada notis ringkas yang dipaparkan, pihak Netflix mengatakan tarikh 28 Februari adalah tarikh akhir untuk menonton siri berkenaan pada platform Netflix.
Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah untuk menonton siri ini selepas tarikh berkenaan – memandangkan ia diterbitkan secara eksklusif di Netflix sebelum ini. Adakah dengan permulaan fasa MCU yang baharu, pihak Disney ingin menyusun semuanya hanya pada platform penstriman mereka sahaja?