Skuad esukan Malaysia kini mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mendapatkan pingat gangsa dalam acara FIFA Online 4 – sekaligus menjadikan ia antara pingat terawal Sukan SEA 2021 dalam kategori esukan.

Skuad Malaysia berjaya ke posisi tiga teratas selepas mengalahkan pasukan Singapura. Tetapi, tewas di tangan Vietnam dengan skor 3-0, sekaligus mendapatkan pingat gangsa untuk acara tersebut.

Pasukan FIFA Online 4 adalah terdiri daripada Muhammad Luqman Haziq Hajiman, Muhammad Asyraf Kamal, Ga Mun Kiat, Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan, dan juga Ahmad Akmal sebagai ketua jurulatih.

Sohor Kini