Skip to main content

Vin Diesel hari ini telah berkongsi logo untuk filem seterusnya bagi siri Fast & Furious iaitu Fast 10 ataupun menggunakan nama Fast X di Instagram. Ia adalah filem kedua terakhir untuk siri utama ini, dengan sebelum ini diumumkan akan berakhir dengan filem ke-11.

Beliau juga menggunakan menulis ‘Day one’ ataupun Hari Pertama, menandakan penggambaran untuk Fast 10 baru sahaja bermula. Filem ini diumumkan akan tiba pada tahun 2023 sekitar bulan April, jika tidak ditunda.

Baru-baru ini, Brie Larson yang mungkin lebih dikenali sebagai Captain Marvel diumumkan akan terlibat dengan filem ini, akan tetapi tidak disahkan lagi watak untuknya.

Leave a Reply