Selepas Avengers: Endgame, kita hanya diberikan filem Spider-Man: Far From Home dan sehingga hari ini tiada lagi filem gempak Marvel Studios. MCU fasa keempat dimulakan dengan siri TV di Disney+, yang mana masih tidak dapat diakses oleh peminat MCU di Malaysia. Tetapi banyak berita menarik mengenai Disney+ sudah mula muncul, seperti ia akan hadir di Malaysia dalam platform Hotstar yang sama di India dan Indonesia.

Mungkin sebagai persediaan semua ini, Marvel telah kongsi satu video menarik memperlihatkan filem-filem baharu Marvel Studios untuk dunia MCU fasa keempat sepanjang tahun ini, 2022, 2023 dan juga yang dirancang untuk masa depan.

Dalam video ini, Stan Lee menjadi narator dan bercakap mengenai betapa pentingnya setiap filem ini dan ia adalah seakan keluarga sendiri. Daripada watak lelaki sebagai abang atau watak perempuan sebagai adik. Fasa pertama sehingga ketiga dengan filem seperti Iron ManCaptain AmericaThorAvengers, dan Black Panther sudha tamat dengan filem Endgame. Kini sudah masanya fasa baru bermula.

Bermula pada 9 Julai, filem pertama adalah Black Widow memfokuskan sejarah Natasha Romanoff. Filem ini akan menceritakan siapakah diri beliau yang sebenar dan mendedahkan rahsia yang kita tidak tahu selama ini.

Kemudian filem memfokuskan watak Asia pertama, Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings. Ia seakan Iron Fist, di mana kisah Shang-Chi (lakonan Simu Liu) akan diceritakan berserta dengan legenda puak Ten Rings. Bukan Ten Rings yang diketaui oleh The Mandarin lakonan Ben Kingsley, tetapi yang sebenar lakonan Tony Leung. Ia akan ditayangkan pada 3 September kelak.

Kemudian pada 5 November tahun ini juga, filem Eternals akan ditayangkan. Berlaku selepas peristiwa Endgame, makhluk-makhluk asing kuno akan bangkit dan bersatu menentang musuh Deviants.

Sekali lagi, juga pada tahun ini – penamat filem MCU fasa 4 tahun 2021 asdalah Spider-Man: No Way Home. Filem ini akan memfokuskan Peter Parker melindungi diri daripada difitnah oleh Mysterio. Ia juga akan menjadi filem pertama MCU memfokuskan rentas dunia dan dikhabarkan akan menyertakan pelakon-pelakon asal filem-filem Spider-Man lama. Filem ini akan ditayangkan pada 17 Disember.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness pula akan menjadi filem seram pertama MCU, di mana akan menjadi pembukaan filem MCU fasa-4 tahun 2022. Ia akan ditayangkan pada 25 Mac 2022 dan akan menggabungkan Spider-Man: No Way Home dan siri TV WandaVision. Benedict Cumberbatch (Doctor Strange), Benedict Wong (Wong), Rachel McAdams (Christine Palmer), Chiwetel Ejiofor (Mordo), Elizabeth Olsen (Scarlet Witch) dan watak baru Xochitl Gomez lakonan America Chavez akan diperlihatkan.

Permulaan dunia baru, fasa baru bermakna permulaan fokus watak baru. Filem Thor keempat, Thor: Love and Thunder ini dikatakan akan menjadikan Jane Foster sebagai watak Thor wanita baharu seperti dalam komik. Ada menyatakan yang tukut Mjolnir akan kembali. Christian Bale akan menjadi penjahat Gorr the God Butcher, Chris Hemsworth sebagai Thor, Natalie Portman sebagai Jane Foster, dan Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie. Filem ini akan ditayangkan pada 6 Mei 2022.

Ryan Coogler akan kembali sebagai penulis dan pengarah untuk filem kedua Black Panther, iaitu Black Panther: Wakanda Forever. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 8 Julai 2022 dan akan fokus kepada dunia Wakanda yang belum didedahkan dalam filem. Atas hormat kepada mendiang Chadwick Boseman, watak T’Chala tidak akan dikembalikan.

The Marvels pula adalah filem sekuel kepada Captain Marvel dan turut akan menyertakan watak Ms. Marvel iaitu siri TV Disney+. Memandangkan watak Monica Rambeau sudah ada kuasa luar biasa dalam siri TV WandaVision dan beliau juga pernah memegang nama Captain Marvel dalam komik – filem ini akan fokus kepada ketiga-tiga watak ini. Tiga Marvel wanita, jadilah The Marvels. Ia akan ditayangkan pada 11 November 2022. Nia DaCosta adalah pengarah, Brie Larson sebagai Captain Marvel, Teyonah Parris pula adalah Monica Rambeau dan Iman Vellani Kamala Khan a,k.a Ms. Marvel.

Tamat filem 2022, tahun 2023 akan dimulakan dengan filem ketiga Ant-Man iaitu Ant-Man and The Wasp: Quantumania yang akan ditayangkan pada 17 Februari 2023. Filem ini akan fokus lagi kepada pengembaraan rentas masa. Mungkin akan ada kaitan dengan Loki? Paul Rudd sebagai Ant-Man, Evangeline Lilly sebagai Wasp akan bertempur dengan Kang the Conqueror lakonan Jonathan Majors. Peyton Reed juga akan kembaliuntuk mengarah. Kathryn Newton dipilih sebagai Cassie Lang baharu, sementara Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer kembali sebagai Dr. Hank Pym dan Janet Van Dyne.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 pula akan kembali pada 5 Mei 2023 dengan Jame Gunn kekal sebagai penulis dan pengarah. Masih tiada butiran jelas mengenai filem ini kerana beliau masih sibuk dengan The Suicide Squad dan siri TV Peacemaker.

Pengarah filem Spider-Man: No Way Home, Jon Watts akan mengarah filem adiwira keluarga pertama Fantastic Four. Selepas sekian lama menanti, Disney membeli Fox, pelbagai khabar angin dan lain-lain – IP ini memasuki dunia MCU. Tiada pelakon, sinopsis dan tarikh tayangan lagi.

Banyak lagi yang ada dalam perancangan seperti Mutant, iaitu IP X-Men untuk MCU atau Deadpool 3. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini