Disney ketika CinemaCon telah mengumum judul rasmi untuk Avatar 2 iaitu Avatar The Way of Water. Filem ini merupakan susulan kepada Avatar yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Disney bersama dengan pengarah dan juga pencipta untuk siri filem ini James Cameron sebelum ini telah mengumumkan yang Avatar akan menerima 5 filem, dengan filem kedua ini yang sudah siap penggambaran akan tiba akhir tahun ini.

Avatar The Way of Water akan memfokuskan kisah keluarga Jack Sully dan Neytiri. Mereka berdua sudah mempunyai anak, dan perlu melindungi anak-anak mereka. Mereka berdua telah dipaksa halau keluar dari rumah, dan mengembara keliling Pandora untuk mencari kawasan baharu untuk tinggal. Mereka turut menerokai di dalam air yang mungkin menjadi sebab pemilihan judul ini.

Sebelum turut diumumkan yang Tan Sri Michelle Yeoh akan melakonkan watak Dr. Karina Mogue di dalam filem ini yang merupakan seorang manusia.

Sohor Kini