Skip to main content

Tan Sri Michelle Yeoh mengukir nama di dunia layar perak sebagai seorang pelakon yang tidak gentar melakukan aksi lasak. Filem-filem beliau seperti Police Story 3 dan Crouching Tiger, Hidden Dragon menujukan kemampuan beliau di dalam seni bela diri tanpa menggunakan pelagak ngeri. Pelakon yang berasal dari Ipoh Perak ini kini disahkan pula akan muncul di dalam sekuel Avatar di bawah arahan James Cameron.

Sekuel Avatar amat dinantikan sejak filem pertama pada tahun 2009 mencatatkan kutipan panggung tertinggi dunia sebanyak $2.8Bilion. Sebanyak empat sekuel Avatar akan dihasilkan dengan filem kedua akan ke layar perak pada 18 Disember 2020. Ini diikuti pula oleh tiga lagi filem pada 2021, 2024 dan 2025. Buat masa ini Tan Sri Michell Yeoh disahkan akan memegang watak Dr. Karina Mogue. Selain beliau  Zoe Saldana, Sam Worthington, Sigourney Weaver dan Kate Winslet turut disahkan akan membintangi filem sekuel ini.

Leave a Reply