Niantic sedia popular dengan permainan yang mengabungkan arena maya ke dunia fizikal, dan salah satu yang popular adalah Pokemon Go. Selain daripadanya, beberapa permainan lain telah diperkenalkan, dan paling terbaru dalam fasa pengenalan adalah Peridot.

Menariknya, kini aplikasi permainan Peridot telah pun boleh diakses oleh pemain tempatan.

Melalui Peridot, ia membolehkan anda membela dan pelihara haiwan peliharaan secara maya. Anda boleh memberi makan, bermain dengannya, selain turut mengajar ia beberapa perkara.

Disamping itu, anda juga boleh bekerjasama dengan pemain lain, dan membuat ia beranak dan mengembangkan generasi baharu Peridot. Secara kasar, ia dilihat sebagai “Tamagotchi” generasi baharu yang lebih interaktif.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkan Peridot hari ini melalui telefon Android dan iPhone.

Sohor Kini