Netflix sebelum ini telah mengumumkan senarai-senarai pelakon untuk beberapa watak utama bagi siri aksi nyata One Piece, akan tetapi kita masih tidak diperlihatkan bagaimana rekaan set untuk siri ini, sekurang-kurangnya secara tidak rasmi.

Berdasarkan beberapa perkongsian di Twitter, gambar untuk rekaan kapal-kapal yang akan digunakan di dalam siri ini diperlihatkan. Antaranya adalah Going Merry, Red Force dan juga Baratie yang anda boleh lihat di ciapan di bawah.

Selain itu, terdapat juga gambar Windmill Village bersama dengan kapal Red Force seperti di atas.

Gambar-gambar ini sudah semestinya telah menjadi perbualan untuk pengikut-pengikut siri anime ataupun manga One Piece. Ada yang menyukainya, dan ada juga yang tidak.

Namun, set penggambaran tidak boleh dinilai melalui gambar sahaja, kerana di dalam produk akhir kelak ia juga akan menyertakan lebih banyak penambahan termasuk juga CGI.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan disiarkan, walaupun laman untuk siri ini telah pun tersenarai di Netflix sejak tahun 2019.

Sohor Kini