Informasi Permainan Video Terkini
One Piece Tersenarai di Netflix – Sebagai Siri TV Aksi Nyata Barat?

One Piece Tersenarai di Netflix – Sebagai Siri TV Aksi Nyata Barat?

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

One Piece boleh dikatakan antara siri manga yang paling lama bertapak, termasuk juga dengan siri anime judul tersebut. Netflix, walaupun telah menyertakan pelbagai siri anime, masih tidak mempunyai siri tersebut.

Ia mungkin akan berubah, berdasarkan penyenaraian di laman Netflix, satu siri One Piece bakal tiba di perkhidmatan penstriman tersebut. Namun, berdasarkan penyenaraian itu lagi ia dikatakan sebagai siri TV Amerika Syarikat dan siri TV aksi & pengembaraan.

Ia tidak tersenarai sebagai siri TV berdasarkan manga ataupun siri TV Jepun seperti anime-anime yang lain yang menjadikan satu tanda tanya, adakah siri One Piece ini adalah siri TV aksi nyata yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon barat?

Apapun, buat masa ini kita hanya boleh menantikan penyenaraian penuh oleh Netflix.


TIPS & ULASAN