Sucker Punch telah berkongsi nota tampalan untuk kemaskini 2.18 yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan bagi mod Legends dan juga mod solo. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang selepas kemaskini ini mereka tidak lagi memfokuskan pembangunan untuk Ghost of Tsushima dan mungkin akan menjadi kemaskini terakhir untuknya.

Namun, mereka mengatakan yang akan sentiasa melihat maklum balas daripada pemain dan juga memantau dari semasa ke semasa, jika permainan tersebut mempunyai masalah yang besar dan perlu diperbaiki.

Ghost of Tsushima telah dikeluarkan sejak tahun 2020 lagi untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, bersama dengan versi Director’s Cut, sejak dilancarkan ia telah terjual sekurang-kurangnya 8 juta unit dan akan turut menerima filem aksi nyata.

Buat masa ini tidak disahkan lagi mengenai projek seterusnya oleh Sucker Punch, ia berkemungkinan Ghost of Tsushima 2 ataupun permainan baharu untuk Infamous.

Sohor Kini