JDT Mengesahkan Akan Menyertai eMFL Liga Super 2022

Kelab Bolasepak Johor Daru Ta’zim atau lebih popular dengan panggilan JDT, kini mengesahkan mereka akan menyertai pertandingan eMFL Liga Super 2022 anjuran Malaysian Football League.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 19 April hingga 29 Jun ini, dalam format pusingan liga dan kalah mati. eMFL Liga Super 2022 ini akan menawarkan sejumlah hadiah terkumpul, serta slot ke pusingan kelayakan FIFA GLOBAL SERIES, yang mana kemudiannya berpeluang layak ke Piala Dunia FIFAe.

Untuk tujuan ini, JDT bekerjasama dengan pihak GBX Esports Team, dan membentuk pasukan esukan tersendiri dibawah nama JDT dan juga JDTII.

JDT akan diwakili oleh Ahmad Akmal dan Luqman Haziq, manakala JDT II pula akan diwakili oleh Imran Burhanudeen dan Muzaffar Zuhair Mustapa. Untuk makluman, GBX Esports sebelum ini merupakan juara dan naib juara ePiala Malaysia 2021.

Sohor Kini