Pedulikan mereka yang ingin kaitkan NFT dan dunia metamesta yang masih banyak potensinya. Mari kita lihat apa yang Niantic cuba lakukan dengan konsep dunia maya ini. Tahun lepas mereka mempunyai visi untuk membangunkan dunia metamesta di dunia nyata – di mana ia bergantung kepada realiti terimbuh (AR) dan bukannya realiti maya (VR). Niantic turut hadir dengan kit pembangun Lightship AR.

Untuk menjadikan visi mereka ini realiti, baru-baru ini mereka telah mengambil-alih sebuah studio AR iaitu NZXR.

NZXR adalah syarikat baharu yang dibangunkan oleh bekas pekerja Magic Leap dan mereka yang bertanggungjawab dalam pembangunan set kepala AR untuk pengguna perusahaan. Mereka juga antara yang bertanggungjawab dengan permainan video Skatrix iaitu permainan papan luncur yang menggunakan objek dunia nyata sebagai halangan atau jalan untuk pemain meluncur. Kemudian teater Destination Mars juga adalah daripada mereka.

Bersama-sama dengan Niantic, NZXR akan bertanggungjawab dalam rekaan dan pembangunan multi-pemain realiti terimbuh dunia nyata agar konsep mereka adalah unik dan tersendiri. Dengan sama-sama minat dengan AR dan VR serta inginkan satu konsep metamesta yang berjaya, mereka akan usaha untuk menjadikannya satu realiti.

Adakah kita akan melihat permainan video atau produk fizikal? Siapa tahu, sama-sama kita nantikan dan mana tahu Niantic yang terkenal dengan Pokemon Go dan Ingress boleh menjadikan konsep metamesta mereka berjaya.

Sohor Kini