Microsoft, melalui laman Facebook Xbox SEA mereka hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mula memperkenalkan preview untuk pengenalan pelan langganan PC Game Pass mereka di beberapa negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam bermula hari ini.

Menurut mereka lagi, mereka yang mendaftar minat untuk menyertai preview ini akan boleh mengakses lebih 100 permainan komputer terbaru, khususnya permainan Xbox Studio eksklusif, semuanya pada hari pertama apabila ia dilancarkan kelak.

Selain daripada langganan PC Game Pass ini, anda juga akan menerima langganan EA Play secara percuma. Untuk menyertai preview PC Game Pass, anda hanya perlu menyertai program Xbox Insider dengan menekan pada pautan ini dan memuat-turun aplikasi Xbox Insider Hub untuk menyertainya.

Ia kemudiannya boleh dilihat dalam aplikasi Xbox apabila anda melog masuk dalam akaun Microsoft anda. Bulan pertama langganan PC Game Pass adalah 50 sen, dimana bulan seterusnya, anda akan dicaj RM15 untuk langganan tersebut.

Sumber: Xbox SEA

Sohor Kini