Netflix bakal hadir dengan siri TV aksi nyata Resident Evil tersendiri. Siri TV ini akan memfokuskan kepada kisah keluarga Albert Wesker.

Ia akan memfokuskan kepada remaja 14 tahun Jade dan Billie Wesker pada garis masa pertama iaitu zaman silam di mana mereka baru sedar yang dunia ini dikawal oleh Umbrella Corporation. Kemudian garis masa kedua di masa hadapan, Jade berusia sekitar 30 tahun dengan kurang 15 juta manusia di muka bumi dan 6 bilion raksasa pula ada kerana wabak T-Virus – masih dihantui dengan rahsia bapa beliau Albert dan adik Billie sambil cuba membiasakan diri dengan norma baharu.

Dalam laporan sebelum ini, Lance Reddick disahkan akan memainkan watak Albert Wesker dan menyertai beliau adalah Ella Balinska, Tamara Smart, Siena Agudong, Adeline Rudolph, dan Paola Nuñez.

Netflix Geeked sebentar tadi mengumumkan yang siri TV ini akan disiarkan pada 14 Julai akan datang. Ia akan mempunyai 8 episod.

Sohor Kini