Beberapa butiran mengenai pelakon yang memainkan watak-watak dalam siri aksi nyata Resident Evil olahan Netflix baru sahaja diperlihatkan, dan salah satu daripada nama tersebut adalah Lance Reddick, pelakon siri televisyen dan filem yang cukup terkenal, khususnya sebagai watak Charon (concierge) didalam John Wick dan Zavala didalam permainan video Destiny 2.

Apa yang menarik ialah beliau akan memainkan watak Albert Wesker, dan jika anda mengikuti sejarah permainan Resident Evil, anda akan tahu bahawa dia adalah watak antagonis utama dalam siri permainan video tersebut. Jalan cerita siri televisyen Resident Evil ini adalah jalan cerita baru menggunakan watak-watak dalam permainan video untuk menghasilkan siri televisyen yang sedikit berbeza.

Seperti yang diketahui sebelum ini, penceritaan Resident Evil akan berkisarkan sekitar dua orang anak Albert Wesker. Ia akan hadir dengan dua jalan cerita yang berbeza: satu garis masa sewaktu anak-anak Albert Wesker masih kecil, dan satu lagi pasca-serangan zombi dimana hanya 15 juta orang manusia yang tinggal di bumi yang mana selebihnya telah menjadi zombi.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah adaptasi aksi nyata Resident Evil ini akan ditayangkan.

Sohor Kini