Blue Origin adalah syarikat pelancongan ke angkasa milik Jeff Bezos. Syarikat ini telah pun berjaya membawa manusia bukan angkasawan ke angkasa dalam beberapa misi dengan menggunakan roket New Shepard, termasuk Jeff Bezos sendiri.

Pelakon francais Star Trek “Captain Kirk” iaitu William Shatner turut telah menjadi manusia tertua ke angkasa. Kini, seorang lagi pelakon akan ke angkasa bersama Blue Origin dengan roket New Shepard – Pete Davidson. Beliau adalah pelakon dalam Saturday Night Live, The Suicide Squad dan turut mempunyai filem The King of Staten Island.

Pete adalah penumpang jemputan untuk misi NS-20 (New Shepard 20, misi ke 20 dan keempat membawa manusia). Sementara lima lagi penumpang adalah pelanggan berbayar iaitu bekas CEO Party America Marty Allen, pasangan Marc (CEO Tricor International) dan Sharon Hagle (pengasas SpaceKids Global), usahawan Jim Kitchen dan George Nield iaitu bekas pentadbir pejabat pengangkutan angkasa komersial.

Misi NS-20 akan berlepas pada 23 Mac, 9.30 PM waktu Malaysia. Siaran langsung ini boleh disaksikan di laman web BlueOrigin.com atau juga saluran YouTube rasmi mereka akan datang.

Sohor Kini