Toei Animation, syarikat animasi disebalik tajuk-tajuk anime popular seperti One Piece, Pretty Cure, Dragon Quest dan sebagainya baru-baru ini mengumumkan bahawa siaran episod-episod anime mereka akan ditunda buat masa ini.

Perkara ini ialah kerana ia telah dilaporkan bahawa laman web Toei Animation telah digodam, dan syarikat tersebut dilihat sedang menyelidik apakah sistem-sistem mereka yang digodam. Buat masa ini, kedai atas-talian dan sebahagian daripada laman web mereka tidak boleh diakses buat masa ini.

Dalam sebuah kenyataan, Toei mengatakan bahawa pada hujung minggu ini, 13 dan 14 Mac 2022, episod-episod baru One Piece, Dragon Quest: Dai no Daibouken dan Delicious Party Pretty Cure tidak akan dikeudara, dan akan diganti dengan episod-episod sebelum ini.

Sumber: Toei Animation

Sohor Kini