Call of Duty Warzone Mobile Diumumkan Secara Rasmi

Ketika laporan kewangan pada tahun lepas, Activision telah mengesahkan yang mereka akan hadir dengan permainan mudah alih untuk siri Call of Duty, yang diura-urakan sebagai Warzone Mobile.

Hari ini, Activision telah mengesahkan yang permainan tersebut adalah Call of Duty Warzone dan mereka telah menyenaraikan jawatan kosong untuk membangunkan permainan tersebut. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran.

Walaupun IP Call of Duty adalah sesuatu yang membawa keuntungan kepada Activision akan tetapi ia telah menerima penerimaan yang kurang baik untuk Call of Duty Vanguard yang mungkin telah menyebabkan mereka tidak akan mengeluarkan permainan Call of Duty baharu pada tahun depan.

Sohor Kini