Activision semasa pengumuman prestasi kewangan telah berkongsi (dilaporkan oleh VGC) yang mereka menubuhkan satu studio dalaman yang sedang membangunkan permainan mudah alih baharu berdasarkan siri Call of Duty. Pembangunan juga akan disokong oleh Beenox dan Activision Shanghai.

Call of Duty Mobile yang sudah dikeluarkan dibangunkan oleh TiMi Studios iaitu pembangun di bawah Tencent yang juga merupakan pembangun untuk Arena of Valor dan juga Pokemon Unite. Permainan baharu ini berkemungkinan adalah Call of Duty Warzone Mobile berdasarkan pencarian jawatan yang tertiris pada tahun lepas.

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai Call of Duty: Vanguard yang dikatakan nama awal untuk permainan utama seterusnya bagi siri ini. Activision dikatakan ingin menyertakan kandungan rentas permainan yang lebih menyeluruh diantara permainan ini dengan Call of Duty Warzone.

Hadirnya Call of Duty Warzone Mobile akan lebih membantu dari segi aspek tersebut terutama ia dibangunkan oleh mereka sendiri berbanding Call of Duty Mobile yang dibangunkan oleh pembangun luar.

Leave a Reply