Bloomberg telah melaporkan yang buat pertama kali sejak 20 tahun yang lepas, Activision tidak akan mengeluarkan permainan utama Call of Duty yang baharu pada tahun depan. Ia disebabkan oleh penerimaan yang kurang baik untuk Call of Duty: Vanguard dan tidak berkait dengan pengambil-alihan daripada Microsoft.

Activision masih lagi akan mengeluarkan permainan Call of Duty baharu pada tahun ini yang dikatakan adalah permainan susulan untuk Call of Duty Modern Warfare. Dengan kekosongan ini, permainan tersebut akan mempunyai jangka hayat yang lebih lama, selain pada itu, Activision juga bakal hadir dengan satu permainan percuma yang baharu yang akan dibangunkan oleh studio yang sepatutnya membangunkan permainan Call of Duty untuk tahun 2023.

Melakukan penundaan untuk siri permainan yang dikeluarkan setiap tahun bukanlah satu perkara yang baharu, Ubisoft sebelum ini turut melakukan perkara yang sama untuk siri permainan Assassin’s Creed. Ia berjaya mengembalikan minat terhadap permainan tersebut, tetapi kurang berjaya untuk jangka masa panjang kerana ia masih lagi satu permainan yang sama.

Sohor Kini