Square-Enix ialah syarikat pembangun permainan dari Jepun yang cukup terkenal untuk pelbagai permainan-permainan video yang juga hadir dengan runut bunyi (OST) yang cukup mengasyikkan. Tidak mengejutkan sekiranya ramai peminat permainan-permainan mereka juga merupakan peminat lagu-lagu tema ini yang mana mereka sanggup membayar wang untuk disimpan dalam koleksi bersama-sama permainan-permainan tersebut.

Hari ini, Square-Enix telah membuka sebuah laman YouTube baru yang dinamakan Square-Enix Music Channel. buat masa ini, laman YouTube tersebut merumahkan runut bunyi daripada pelbagai siri permainan mereka, termasuklah Final Fantasy, siri SaGa, siri Mana, Nier dan sebagainya.

Selain daripada runut bunyi, laman tersebut juga memperlihatkan beberapa video temubual bersama-sama beberapa penulis lagu untuk permainan-permainan ini, seperti Nobuo Uematsu, bapa runut bunyi Final Fantasy.

Jika anda berminat untuk melawat laman YouTube Square-Enix terbaru ini, anda boleh pergi ke sana melalui pautan ini.

Sohor Kini