Pada bulan lepas, kami sudah melaporkan yang fungsi muat naik tangkap layar secara terus dari PlayStation 5 ke PlayStation App telah diperkenalkan secara berperingkat, dan kini fungsi tersebut mula diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia.
Cara untuk membuka fungsi ini, anda terlebih dahulu perlu mendaftar PlayStation 5 anda ke aplikasi PlayStation di iOS ataupun Android. Kemudia anda hanya perlu membuka bahagian Gallery di konsol dan arahan akan dikeluarkan untuk membuka fungsi ini.

Selepas ia dibuka, sebarang tangkap layar dan video di bawah tiga minit akan dimuat naik terus ke aplikasi PlayStation dan ia akan disimpan sehingga 14 hari sebelum di buang secara automatik ataupun dibuang secara sendiri.
Buat masa ini kami tidak dapat mencari cara untuk memuat naik tangkap layar secara manual ke aplikasi tanpa membuka fungsi automatik ini.