Apple Arcade telah mengumumkan tiga permainan yang akan disertakan sepanjang bulan ini, permainan pertama adalah Shadow Blade+ yang akan disertakan pada 4 Mac. Shadow Blade adalah satu permainan yang popular di iOS yang merupakan permainan aksi platformer di dalam dunia ninja dan samurai. Ia dibangunkan oleh Crescent Moon Games.

Permainan seterusnya yang juga permainan popular di iOS iaitu Monument Valley 2 yang dibangunkan oleh ustwo games. Ia adalah permainan tekaria yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2017 dan telah menerima pelbagai anugerah sejak dilancarkan. Monument Valley 2+ akan menyertai Apple Arcade pada 11 Mac 2022.

Permainan ketiga adalah permainan baharu yang eksklusif untuk Apple Arcade akan tetapi berdasarkan siri permainan yang popular iaitu Alto’s Adventure. Alto’s Adventure: The Spirit of the Mountain yang dibangunkan oleh Snowman akan menyertakan kawasan serba baharu. Ia akan tiba pada 25 Mac 2022.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini