7-Eleven Malaysia hari ini terus menambah penawaran kad tambah-nilai mereka, dengan menyertakan sokongan untuk tiga platform permainan – iaitu, Steam, PUBG Mobile dan juga MyCard.

Kad tambah-nilai untuk Steam ditawarkan dalam pilihan RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 dan juga RM200.

Untuk PUBG Mobile pula, kad tambah ilai ditawarkan dalam pilihan RMM22 untuk 300+25UC, RM44 untuk 600+60UC, R110.10 untuk 1500+300UC.

Disamping itu, pengguna turut boleh membeli kad tambah-nilai MyCard bermula RM21 untuk 150ptc, RMM49 untuk 350pts, RM56 untuk 400pts, RMM63 untuk 450pts, RM70 untuk 500pts, dan RM140 untuk 1000pts.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kad tambah nilai untuk ketiga-tiga platform permainan ini bermula hari ini dari 7-Eleven terdekat.

Sohor Kini