WeWork adalah platform yang menyediakan ruangan bekerja, komuniti dan perkhidmatan kepada para pembangun negara. Ia turut membuka peluang ekonomi baharu dengan pelanggan boleh kerjasama antara satu sama lain. Syarikat ini berjaya mencecah nilai sehingga $47 bilion kurang sedekad dan tidak sampai setahun nilai mereka terus merudum.

Antara sebabnya adalah masalah pada pengurusan, pasangan yang cemburu dan pelbagai lagi. Kisah skandal WeWork ini melibatkan Adam Neumann, antara pengasasnya dan juga Rebekah Neumann isteri beliau akan diceritakan dalam siri TV biografi Apple TV+ – WeCrashed: The Rise And Fall Of WeWork. Berikut adalah treler baharu yang dikongsi;

Siri ini diadaptasi daripada podsiar Wondery dengan judul yang sama, yang menceritakan kisah benar mengenai skandal ini. Dalam treler di atas, kita boleh lihat bagaimana Neuman bangga dengan kejayaan beliau, kemudian Rebekah yang dilihat mula cemburu dan tamak mula menjatuhkan syarikat mereka.

Siri ini akan disiarkan pada 18 Mac akan datang dengan tiga episod dan akan bersambung pada setiap minggu sehingga 22 April sehingga 8 episod secara jumlah.

Sohor Kini