Pernah dengar WeWork? Platform yang menyediakan ruangan bekerja, komuniti dan perkhidmatan kepada para pembangun negara. Ia turut membuka peluang ekonomi baharu dengan pelanggan boleh kerjasama antara satu sama lain.

Syarikat ini berjaya mencecah nilai sehingga $47 bilion kurang sedekad dan tidak sampai setahun nilai mereka terus merudum.

Terkini Apple TV+ akan menyiarkan siri TV kisah disebalik WeWork ini melalui WeCrashed: The Rise and Fall of WeWork. Jared Leto akan memainkan watak Adam Neumann, antara pengasas WeWork dan Anne Hathaway pula sebagai Rebekah Neumann, isteri beliau.

Siri TV ini akan menceritakan kisah kebangkitan dan kejatuhan WeWork bersama-sama dengan kisah cinta Adam dan Rebekah.

Ia akan mempunyai 8 episod, 3 pertama akan disiarkan pada 18 Mac dan baki episod lain secara mingguan sehingga 22 April.

Kisah WeWork turut diceritakan dalam dokumentari di Hulu berjudul WeWork: Or the Making and Breaking of a $47 Billion Unicorn.

Sohor Kini