Todak, salah satu pasukan esukan tempatan yang popular kini telah pun memenangi pemilihan esukan Malaysia, sekaligus akan mewakili Malaysia dalam Mobile Legends : Bang Bang pada Sukan SEA yang akan berlangsung di Vietnam.

Todak menempa tiket ke Sukan SEA selepas berjaya menewaskan pasukan RSG MY, dengan skor akhir 3-1.

Sukan SEA akan berlangsung pada bulan Mei 2022 kelak, di Vietnam. Sebagai wakil Malaysia, Todak akan bersaing dengan pelbagai wakil negara lain untuk memenangi pingat untuk acara Mobile Legends : Bang Bang.

Sohor Kini