Terdapat beberapa permainan dunia maya yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini, terutamanya disebabkan oleh integrasi bersama rantaian-blok. Walaupun ia sering di pelbagai laporan dan dikatakan mungkin membentuk ke arah metamesta (yang masih tidak mempunyai definisi penuh), namun dalam realitinya, kedua-dua permainan berkenaan dilihat tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi berbanding sejumlah permainan lain.

Mengikut salah satu laporan, The Sandbox dilihat hanya mempunyai sekitar 30,000 pengguna aktif bulanan, sementara Decentraland sekadar mempunyai 300,000 pengguna aktif bulanan sahaja.

Ini dilihat agak jauh jikalau dibandingkan dengan permainan Second Life sejak bertahun lamanya dan semakin merudum popularitinya – masih mempunyai 750,000 pengguna aktif setiap bulan.

Laporan sama turut memperlihatkan yang mana angka pengguna serentak untuk Decentraland hanya sekadar 2500 orang pada sesuatu masa, sementara tiada data untuk The Sandbox.

Angka ini turut memperlihatkan para pelabur menilaikan angka pengguna aktif bulanan untuk kedua-dua permainan ini terlalu tinggi berbanding dengan permainan popular lain. Untuk The Sandbox, berdasarkan pengguna aktif bulanan dan juga nilai syarikat, ia membawa kepada nilai setiap pemain mencapai $472,000 seorang – berbanding hanya $227 seorang untuk Roblox.

Dengan perkembangan pengguna, nilai setiap pemain itu mungkin berkurangan – tetapi mungkinkah ia terlalu tinggi dinilaikan, apatah lagi kadar aktif pemain masih rendah pada kedua-dua platform berasaskan rantaian-blok ini?

Apa kata anda? Adakah ia hype semata, atau masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan?

Sohor Kini