Salah satu permainan teka kata yang agak popular akhir-akhir ini adalah Wordle – dimana para pemain membuat tekaan perkataan secara rawak, dan ia memaparkan kedudukan huruf yang tepat dan sebaliknya.

Tetapi, permainan Wordle sekadar menawarkan bentuk permainan perseorangan sahaja. Menariknya, kini salah seorang pembangun turut hadir dengan variasi permainan berkenaan yang mengintegrasikan sokongan multi-pemain dan ciri “battle-royale”.

Dinamakan Squabble, ia membolehkan sehingga 99 orang bermain secara serentak, dan permainan diteruskan ke tahap-tahap (perkataan baharu) apabila berjaya diselesaikan. Sebaliknya, setiap pemain akan diberikan nyawa yang berkurangan setiap saat, dan ia akan bertambah apabila terdapat tekaan huruf yang tepat.

Bagi anda yang berminat, boleh bermain Squabble boleh dimainkan melalui pelayar web secara percuma.

Sohor Kini