Pengarah Moon Knight Akan Mengarah Musim Ke-2 Loki

Setakat ini, hanya Loki sahaja siri TV MCU Disney+ yang disahkan akan mempunyai musim kedua. Siri lain adalah jenis sekali jalan atau hanya ada potensi sahaja buat masa ini.

Terkini Deadline melaporkan yang, Disney dan Marvel telah menemui pengarah untuk musim ke-2 Loki. Justin Benson dan Aaron Moorhead adalah pasangan pengarah tersebut. Mereka berdua sebelum ini terlibat dengan beberapa episod Moon Knight dan juga bertanggungjawab untuk siri TV Archive 81 di Netflix.

Tom Hiddleston dan Michael Waldron yang menulis dan menerbit musim pertama Loki kali ini akan menjadi penerbit eksekutif. Manakala skrip musim kedua akan ditulis oleh Eric Martin. Musim ke-2 ini dikatakan akan mempunyai enam episod.

Buat masa ini, jalan cerita musim kedua masih dirahsiakan lagi. Namun jika kita lihat kembali musim pertama, filem-filem yang sudah ditayangkan dan apa yang bakal berlaku dalam Dr. Strange in the Multiverse of Madness – musim ke-2 Loki mungkin akan menjadi lebih ‘gelap’ atau dahsyat daripada sebelumnya.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini