MFL atau Malaysian Football League, hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan bursa aset Luno, dan pada masa yang sama berkongsi perancangan mereka dalam terus menggunakan kelebihan digital masa kini dalam mempromosikan sukan bola sepak.

Menyentuh secara ringkas, untuk tahun ini MFL menyasarkan untuk hadir dengan platform “Fantasy Football”, sekaligus membolehkan lebih ramai peminat berinteraksi dan mengikuti perkembangan bola sepak tempatan.

Disamping itu, MFL juga sedang melihat untuk pengenalan permainan mudah-alih tersendiri. Langkah inii dilihat sebagai sebahagian daripada usaha digitalisasi MFL pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan MFL dalam arena digital dan permainan pada tahun ini.

Sohor Kini