Anda mungkin mengenali Mihoyo sebagai pembangun disebalik permua popular Genshin Impact. Mereka juga hadir dengan beberapa tajuk permainan lain seperti Honkai Impact 3rd dan juga Tears of Themis.

Terkini, Mihoyo telah memperlihatkan konsep dunia metamesta mereka sendiri yang dinamakan HoYoverse yang akan menggunakan kandungan daripada permainan-permainan ini untuk membangunkan sebuah dunia digital yang boleh dinikmati oleh orang ramai.

Sebagai langkah awal, Mihoyo dilihat telah memperkenalkan watak original dunia HoYoverse ini, iaitu Lumi dan telah memberi pengguna gambar wallpaper yang boleh digunakan pada komputer-komputer mereka yang boleh dimuat-turun melalui aplikasi wallpaper desktop N0va Desktop keluaran mereka juga.

Dengan pengenalan dunia HoYoverse ini, Mihoyo dilihat akan membangunkan pelbagai teknologi baru yang akan merancakkan lagi dunia metamesta HoYoverse, termasuklah pelan untuk membina dunia realiti maya yang akan membolehkan para peminat Mihoyo untuk bertemu dalam dunia maya tanpa perlu keluar dari rumah.

Mihoyo mengatakan mereka akan menggunakan kepakaran mereka dari semua pejabat-pejabat mereka di Montreal, Los Angeles, Singapura, Tokyo, dan Seoul untuk menjadikan dunia metamesta HoYoverse ini sebuah realiti.

Sumber: HoYoverse

Sohor Kini