Us dan Get Out adalah filem seram suspen daripada pelawak Jordan Peele yang terkenal dengan sketsa komedi Key-Peele bersama Keegan-Michael Key. Beliau mempunyai bakat yang hebat dalam penghasilan filem seram yang aneh dan berbeza daripada pencipta filem lain. Filem olahan semula Candyman juga adalah daripada beliau.

Filem terkini beliau adalah Nope, yang juga merupakan satu filem seram misteri. Sinopsis filem ini masih menjadi tanda tanya, tetapi baru-baru ini treler pertama bagi filem ini telah dikongsi;

Filem ini dilihat melibatkan pelakon seperti Daniel Kaluuya, Keke Palmer dan Steven Yeu. Ia berlaku di sebuah pekan terpencil yang hebat dalam melatih kuda oleh komuniti berkulit gelap. Namun suatu hari, pekan ini seakan diserang dengan sesuatu yang misteri seakan sejenis awan atau ribut yang menyebabkan huru-hara.

Masih tidak jelas apakah yang sebenarnya berlaku dalam filem ini. Tetapi filem ini dilihat akan menjadi lebih hebat daripada filem seram Peele yang lain, kerana individu-individu yang pernah menghasilkan filem bersama Christopher Nolan seperti Interstellar turut melibatkan diri dalam filem ini.

Ia akan ditayangkan pada 22 Julai 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan filem ini.

Sohor Kini