Tahukah anda yang sebelum Disney membeli Lucasfilm, Zack Snyder telah pun mempunyai idea tersendiri untuk dunia Star Wars? Idea ini telah pun beliau olah semula menjadi Rebel Moon dan akan menjadi kandungan eksklusif di Netflix.

Rebel Moon akan fokus kepada pengembaraan di angkasa oleh seorang wanita dengan perwatakan aneh. Belau telah diberi tanggungjawab untuk mencari pahlawan, bagi menentang pemerintahan zalim Regent Balisarius. Zack Snyder turut ingin jadikan Rebel Moon sebagai francais dengan filem/siri prekuel serta animasi.

Melalui ciapan terkini Zack, beliau telah mengesahkan beberapa pelakon yang akan terlibat dengan filem Rebel Moon ini. Anataranya adalah Charlie Hunnam, Djimon Hounsou, Doona Bae, Ray Fisher, Sofia Boutella, Jena Malone, Staz Nair, E. Duffy, Charlotte Maggi, dan Sky Yang. Beberapa imej konsep turut dikongsi oleh beliau untuk memberi peminat bayangan dunia Rebel Moon.

Zack Snyder juga telah pun menandatangani perjanjian dengan Netflix untuk dua tahun, yang mana akan menjadi tempat Zack meneruskan francais Army of the Dead, Rebel Moon dan kelak satu filem aksi kenderaan.

Sohor Kini