The Stone Quarry Productions adalah syarikat produksi Zack Snyder dan isteri beliau Deborah Snyder, bersama-sama dengan eksekutif Wesley Coller. Zack adalah seorang pencipta filem yang sangat kreatif, lebih-lebih lagi dalam dunia adiwira komik atau juga membina satu dunia untuk sesebuah filem.

Selepas kontrak studio mereka tamat dengan Warner Bros. pada 2019, Stone Quarry tidak terikat dengan mana-mana studio lain sehinggalah baru-baru ini Hollywood Reportter melaporkan yang mereka telah menandatangani perjanjian dengan Netflix untuk dua tahun.

Perjanjian ini bermula dengan filem Army of the Dead yang dikembangkan menjadi francais atau dunia filem zombi Army-verse. Filem ini menerima sambutan yang baik dan Zack akan sibuk dengan Army of Thieves yang akan tiba tahun ini serta filem sampingan anime yang akan disiarkan tahun 2022 akan datang. Bukan itu sahaja, Netflix dan Zack Snyder turut akan hadir dengan filem Rebel Moon iaitu idea Zack untuk Star Wars yang tidak menjadi impian – diolah menjadi dunia tersendiri untuk pengembaraan di angkasa.

Army of the Dead turut akan mempunyai sekuel, di mana penggambaran akan bermula pada awal 2022 selepas Rebel Moon selesai.

Rebel Moon dikatakan kalau berjaya akan diteruskan menjadi francais filem dan siri TV seakan Star Wars. Melalui perjanjian ini Zack dan Deborah inginkan rakan kerjasama yang boleh mempercayai antara satu sama lain dan tidak begitu mengawal terhadap cerita yang ingin disampaikan. Berbeza dengan Warner Bros. sebelum ini yang ada pelbagai halangan.

Scott Stub iaitu ketua perfileman di Netflix adalah antara individu yang bertanggungjawab meyakinkan Zack dan Netflix untuk bekerjasama. Army of the Dead juga menjadi realiti selepas Scot teringat akan idea filem ini ketika beliau masih lagi Naib Pengerusi Universal ketika penggambaran filem Dawn of the Dead bersama Zack.

Turut dalam rancangan adalah filem aksi yang melibatkan kenderaan, mungkin iterasi Zack Snyder untuk Fast & Furious pula? Filem ini akan dikendalikan oleh pelagak ngeri Damon Caro.

Sohor Kini