Tahukah anda yang Zack Snyder ada idea tersendiri untuk Star Wars? Beliau bangunkan idea ini semasa menulis skrip untuk Army of the Dead. Ia adalah idea dunia Star Wars untuk Lucasfilm, sebelum Disney membeli studio ini. Beliau kemudian mengolah semula idea ini untuk menjadi francais tersendiri.
Judulnya adalah Rebel Moon. Selepas kejayaan filem Army of the Dead dengan jumlah tontonan mencapai lebih 72 juta menurut Netflix, Netflix turut akan menjadi platform eksklusif filem Rebel Moon disiarkan. Berdasarkan idea asal Zack Snyder, Shay Hatten (penulis skrip John Wick 3) dan Kurt Johnstad (penulis skrip Atomic Blonde) turut akan membantu dalam penuklisa skrip. Zack dan Deborah Snyder akan menerbit filem ini bersama dengan The Stone Quarry dan Grand Electric.
Rebel Moon akan fokus kepada pengembaraan di angkasa oleh seorang wanita dengan perwatakan aneh. Belau telah diberi tanggungjawab untuk mencari pahlawan, bagi menentang pemeritahan zalim Regent Balisarius. Zack Snyder turut ingin jadikan Rebel Moon sebagai francais dengan filem/siri prekuel serta animasi. Filem ini akan memulakan penggambaran pada tahun 2022, masih tiada senarai pelakon dan butiran lain lagi.
Sama-sama kita nantikan.