Krafton sedia dikenali ramai melalui permainan PUBG : Battlegrounds yang terkenal di seluruh dunia. Terbaru, Krafton telah memeterai perjanjian dengan NAVER Z, dalam usaha membangunkan platform alam metamesta NFT.

Untuk makluman, NAVER Z merupakan subsidiari NAVER, dan sedia mempunyai plaatform metamesta ZEPETO yang mempunyai 290 juta pengguna.

Krafton dijangka menggunakan kepakaran mereka daripada PUBG dalam pembangunan platform metamesta berkenaan. Maklumat lanjut berkenaan pembangunan platform ini dijangka dikongsikan oleh Krafton tidak lama lagi.

Sohor Kini