Populariti permainan mudah alih percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi terus meningkat. Permainan-permainan ini boleh dimain tanpa membuat sebarang pembelian, tetapi untuk mendapatkan pengalaman penuh, berbelanja adalah sesuatu yang tidak dapat dielak.
Cara yang paling mudah untuk melakukan pembelian di dalam permainan sudah semestinya melalui sistem di dalam permainan sendiri bagi permainan-permainan di PC. Manakala untuk permainan-permainan di konsol ataupun permainan mudah alih, ia dihadkan melalui gedung-gedung terbina seperti PS Store, Xbox Store, App Store dan juga Play Store mengikut platform yang anda gunakan.
Namun, platform-platform lalai ini mempunyai fungsi yang terhad dan tidak menawarkan apa-apa kelebihan melainkan menjadi tempat untuk anda berbelanja. Oleh itu, untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti ini, terdapat pelbagai platform pihak ketiga hadir, dan antaranya adalah Codashop.
Codashop oleh Coda Payments sudah menyediakan perkhidmatan mereka sejak tahun 2011 lagi, dan menurut data terbaru ia telah dilawati 1 bilion kali sepanjang tahun 2020 dengan menyediakan satu hab untuk mendapatkan kredit permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang, Garena Free Fire, PUBG Mobile dan juga perkhidmatan lain seperti Tinder dan Viu.
Melalui artikel ini, kami akan kongsikan mengapa Codashop adalah platform paling mudah dan cepat untuk menambah nilai permainan kegemaran anda;
Codashop adalah platform yang sangat mudah, jika pemain tidak ingin mempunyai akaun, sebarang Codashop adalah platform yang sangat mudah, jika pemain tidak ingin mempunyai akaun, sebarang tambah nilai boleh dilakukan secara terus tanpa perlu mengambil masa untuk melalui proses pendaftaran.
Selain daripada itu, Codashop merupakan rakan rasmi untuk permainan-permainan yang ditawarkan oleh itu setiap pembelian dijamin selamat dan tidak akan mempunyai sebarang masalah. Jika berlaku sebarang masalah, pemain boleh menghubungi Codashop melalui mana-mana media sosial ataupun secara terus di laman rasmi.
Pembelian juga akan diproses dengan cepat, ia memerlukan beberapa minit sahaja daripada pembelian sehingga pemain mendapat kredit ataupun barangan yang dibeli.
Gedung-gedung terbina untuk iOS, Android, Steam, PlayStation, ataupun Xbox dan juga sistem terbina di dalam permainan kebiasaannya adalah terhad kepada beberapa sistem bayaran sahaja, contohnya menggunakan kad kredit/kad debit sahaja ataupun bersama dengan kad tambah nilai.
Manakala Codashop menyediakan lebih banyak cara pembayaran, tidak terhad kepada kad kredit, tetapi juga terbuka melalui telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan Umobile. Terdapat juga pilihan dompet digital seperti Grab Pay, Touch ‘n Go, Boost, Shopee Pay dan juga dompet digital mereka sendiri iaitu Codacash.
Dengan pelbagai pilihan ini ia bukan sahaja memudahkan proses pembelian tetapi juga membolehkan pemain untuk menggunakan cara pembayaran kegemaran mereka.
Jika anda bermain banyak permainan pada satu masa, anda perlu untuk membuka satu-satu permainan untuk melakukan tambah nilai, ia sedikit menyusahkan terutama jika anda tidak ingin bermain pada waktu itu, ataupun permainan tersebut memerlukan kemaskini yang akan mengambil sedikit masa.
Codashop menyediakan banyak permainan melalui platform mereka dan anda boleh melakukan sebarang pembelian ataupun tambah nilai secara terus tanpa perlu membuka permainan-permainan tersebut. Jika anda bermain Mobile Legends, PUBG Mobile dan Genshin Impact, anda boleh lakukan kesemua tambah nilai di satu tempat sahaja.
Ia akan menyenangkan proses, dan anda juga boleh tambah nilai semasa anda tengah bermain tanpa mengganggu sesi permainan.
Bagi mana-mana permainan, kebiasaannya sebarang pembelian harus dilakukan oleh pemain sendiri akan Bagi mana-mana permainan, kebiasaannya sebarang pembelian harus dilakukan oleh pemain sendiri akan tetapi ada masa anda juga ingin melakukan pembelian untuk pihak lain. Contohnya, ibu bapa beli untuk anak-anak mereka.
Melalui Codashop, permainan-permainan seperti Mobile Legends dan Genshin Impact anda hanya perlu memerlukan ID sahaja dan boleh melakukan tambah nilai ataupun sebarang pembelian. Ia sudah semestinya akan memudahkan proses ini.
Tambahan lagi, ia juga memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak melakukan pembelian tanpa kawalan, sesuatu yang akan berlaku jika ibu bapa sekadar menyambung kad kredit di telefon yang digunakan untuk bermain contohnya.
Pembelian di dalam permainan melalui gedung-gedung seperti App Store ataupun Play Store tidak memberi sebarang kelebihan, penyedia gedung-gedung tersebut juga tidak perlu untuk menyediakan promosi kerana ia adalah satu-satunya cara untuk pembelian secara terus.
Bagi Codashop pula, mereka sering menganjurkan pelbagai acara yang menawarkan ganjaran-ganjaran menarik. Melalui tambah nilai ataupun sebarang pembelian yang dilakukan oleh pemain, ia akan memberi peluang untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran ini.
Contohnya, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina mereka menganjurkan satu acara sepanjang bulan ini yang akan memberi peluang pemain untuk memenangi 8,888 Diamonds bagi Mobile Legends: Bang Bang.
Dengan pelbagai kelebihan yang dinyatakan di atas, boleh dikatakan yang Codashop adalah satu Dengan pelbagai kelebihan yang dinyatakan di atas, boleh dikatakan yang Codashop adalah satu platform yang bukan sahaja memudahkan untuk proses pembelian tetapi juga selamat serta menawarkan pelbagai peluang untuk pemain mendapat kelebihan lain berbanding mendapat barangan di dalam permainan sahaja.
Anda boleh layari Codashop melalui pautan ini; https://www.codashop.com/en-my/
Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Codashop