Lebih 765 Juta Permainan Telah Ditebus Di Epic Games Store

Epic Games hari ini berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan platform mereka. Menurut mereka, Epic Gomes Store PC mempunyai lebih 194 juta pengguna pada hari ini, dan pada bulan Disember 2021 lepas, pengguna aktif bulanannya mencapai 62 juta pengguna.

Kedai permainan berkenaan kini menawarkan sebanyak 917 permainan, dan sekitar $840 juta telah dibelanjakan sepanjang 2021 pada platform berkenaan.

Pada masa yang sama, Epic Games turut mengatakan merka telah menawarkan 89 permainan secara percuma, dan sebanyak 765 juta permainan telah ditebus pada platform berkenaan.

Sohor Kini