Battlefield 2042 merupakan salah satu permainan tembak-menembak daripada EA. Permainan yang dinantikan ramai pemain seluruh dunia ini dilihat agak mengecewakan, apatah lagi dengan sejumlah masalah pepijat yang sekaligus menjadikan permainan berkenaan tidak digemari dan dikritik ramai.

Disebabkan hal ini juga, angka pemainnya berkurang dari hari ke hari. Menyedari hal berkenaan, kini EA dilaporkan sedang melihat kepada beberapa perkara dalam memastikan kelangsungan Battlefield 2042.

Salah satu perkara yang turut dilihat adalah dalam menawarkan permainan berkenaan secara percuma untuk dimainkan semua. Hal ini semestinya akan meningkatkan angka pemain permainan berkenaan secara mendadak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Battlefield 2042 ini. Buat masa ini, permainan ini ditawarkan pada harga RM199 melalui Steam.

Sohor Kini