Celcom hari ini telah mengumumkan yang mereka akan lebih melibatkan diri di dalam industri permainan video dengan menawarkan perkhidmatan Cloud Gaming, ia adalah hasil kerjasama dengan Blacknut dan menggunakan teknologi oleh Radian Arc.

Perkhidmatan Cloud Gaming daripada Radian Arc dan Blacknut menggunakan teknologi GPU Edge serta rangkaian operator untuk memproses data dengan pengguna akhir. Seperti mana perkhidmatan cloud gaming yang lain, menggunakan perkhidmatan ini tidak memerlukan pemain untuk memuat turun permainan sebaliknya boleh dimainkan secara terus melalui penstriman.

Setiap permainan boleh dimainkan di pelbagai platform seperti PC, telefon pintar iOS serta Android, TV Pintar, Fire TV Stick dan Chromecast.

Berdasarkan penyenaraian di Blacknut, ia menawarkan permainan seperti Furi, Saints Row IV, Northgard, MotoGP 20, Asphalt 9, Shadow Tactics dan koleksi permainan dari Asmodee Digital serta GameHouse. Anda boleh lihat secara lanjut melalui pautan ini.

Perkhidmatan ini ditawarkan dengan harga RM40 sebulan, dan bagi pelanggan Celcom MAX anda boleh mencuba secara percuma selama 1 bulan. Blacknut ditawarkan dengan harga $15.99 sebulan ataupun RM67, oleh itu penawaran oleh Celcom ini memberikan sedikit penjimatan, tetapi ia terhad kepada pelanggan Celcom MAX sahaja.

Sohor Kini